Betul, memang betul cakap orang. Kawan untuk kita bergumbira memang senang je nak cari tapi kawan ketika kita bersedih, berduka memang susah nak cari. Kadang-kadang tu tak ada. Kadang-kadang tu dia yang kita anggap kawan akan meninggalkan kita berduka keseorangan.
Tika diriku ini diuji dengan masalah, dia tiada untuk mendengar rintihan hati. Inginku luahkan kepadanya tetapi tidak dapat. Ingin juga ku luahkan kepada sahabatku yang lain namun tidak dapat juga kerana hanya dia seorang sahaja yang tahu tentang masalah ini. Namun apakan daya, dia sudah jauh. Jauh meninggalkan aku dibelakang. Hanya air mata mengalir mengenangkan apa yang terjadi. Menangis daku seorang diri di bilik. Aku kini tertekan. Tiada manusiayang mahu menemani.
Di saat air mataku mengalir, tanganku tadah ke atas. Ku berbicara dengan Ilahi. Memohon pertolongan darinya untuk menolongku. Aku sudah tidak tahu apa harus yang aku lakukan. Bukan niatku untuk menjadi anak derhaka tetapi aku memang tidak setuju dengan perancangan mereka berdua yang sudah separuh abad kerana aku tidak mahu benda yang tak diingini terjadi.
